Dalam kejadian jam 1.10 tengah hari itu, Mazriezawani Abd Ghani, 23, yang mengalami cedera ringan selepas motosikalnya terbabas, sempat melepaskan geram ke atas suspek dengan menumbuk seorang daripada mereka.
Suspek yang berusia 18 dan 32 tahun diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Mazriezawani yang ditemui wartawan di rumahnya di Kampung Seberang Pintasan di sini, berkata sebelum itu dia dalam perjalanan dari tempat kerja ke bandar ini untuk memberi barangan keperluan.
Setiba di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar untuk membuat pusingan U, sebuah motosikal dinaiki dua lelaki menghampiri motosikalnya sebelum meragut beg tangan dalam bakul motosikal. Berikutan itu, kerani kedai menjual alat ganti kenderaan itu memecut motosikal mengejar suspek.
Dia yang pernah menjadi mangsa ragut pada Mac 2011, nekad mengejar motosikal suspek yang ditunggang melawan arus menghala Kuala Dungun, sambil meminta tolong orang ramai. Mazriezawani menghampiri motosikal suspek dan cuba menendang tetapi gagal kerana pembonceng mengeluarkan pisau untuk menikamnya.
“Kira-kira 500 meter selepas itu, suspek memasuki simpang Kampung Tanah Lot yang menyebabkan motosikalnya terbabas dan terjatuh. Motosikal saya pun terjatuh.
“Alhamdulillah, saya hanya cedera ringan dan sempat menumbuk seorang peragut yang patah tangan kiri dan cedera di muka dan kaki kirinya,” katanya di rumahnya.
sumber : http://kezoom.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment