Jihan begitu aktif beraksi di pentas teater 'indie', namun kini dia diberikan peluang untuk menonjolkan bakat yang ada dalam dirinya. Buat pertama kalinya, Jihan bakal membuat persembahan di pentas Istana Budaya untuk teater 'Maduku Kalut'.
“Saya mengharapkan agar semuanya berjalan lancar kerana sebelum ini saya lebih kepada tenaga di belakang tabir untuk pentas Istana Budaya. Saya harap semua bekerjasama dengan baik kerana saya juga teruja untuk beraksi di Istana Budaya,” kata Jihan ketika ditemui di sidang media teater 'Maduku Kalut' di Istana Budaya, pada Rabu.
Jihan diamanahkan untuk menjayakan watak Bibi yang merupakan isteri pertama kepada Izzue Islam di samping Nad Zainal sebagai madunya. Teater yang disuntik elemen komedi itu dijangka mampu menggeletek hati penonton yang hadir kerana karakter Jihan itu sendiri begitu menghiburkan.
Tahun ini memperlihatkan perkembangan kerjaya Jihan ke arah positif memandangkan kelibatnya dilihat hampir di setiap stesen televisyen. Apabila ditanya perbezaan berpuasa sebagai artis, Jihan memberitahu dia kini kesuntukan masa untuk melakukan aktiviti yang menjadi kebiasaan.
“Saya sedikit ralat kerana tahun ini dan tahun lalu saya tidak berkesempatan untuk menunaikan tarawikh kerana jadual kerja tidak mengizinkan,” katanya.
sumber : http://www.gua.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment