Jangan Hina Sakinah - Rakan Baik

on Sunday, 21 July 2013

Apabila kisah Ashraf Muslim berkahwin kali kedua tersebar meluas, ramai yang mempertikaikan tindakan Ashraf itu. Seorang rakan Sakinah, juga wartawan rasa terpanggil untuk mempertahankan hak Sakinah.


Rata-ratanya melahirkan simpati kepada isteri pertama, Noor Dayana dan menyelar wanita yang dianggap orang ketiga, Wan Sakinah Ahmad Saburi. Namun sebagai mana Ashraf, Sakinah mengambil pendekatan berdiam diri.

Melihat Sakinah dicerca umum, ada antara rakannya tidak sanggup berdiam diri dan tampil membelanya.





Salah seorang adalah wartawan yang dikenali sebagai Ifqdar Rahman. Menurut Ifqdar dalam status yang dimuat naik di Facebook:

Saya rasa terpanggil untuk menjelaskan serba sedikit perihal peribadi Wan Sakinah @ Keena (isteri kedua Ashraff Muslim) lantaran segala kutukan dan fitnah yang dilemparkan kepadanya.

Hampir 9 tahun mengenali Keena, bermula dari rakan sekolej hinggalah kepada rakan sekerja! Hubungan kami memang baik sebabnye Keena seorang yang baik, pandai bawa diri dan bijak bergaul dengan batasan. Tidak berniat untuk membela, namun hakikatnya, Keena tiada sebarang masalah attitude yang melayakkannya menerima segala kejian yang dihamburkan!

Rasanya, rakan-rakan sekolej dan sekerja mungkin akan bersetuju dengan pandangan saya ini. Jika bertentangan sekalipun, mungkin antara mereka mempunyai kisah peribadi tersendiri.





Justeru, rasa seperti tidak adil untuk orang2 di luar sana melabelkan Keena dengan pelbagai gelaran dan tohmahan hanya kerana dia menjadi isteri kedua Ashraff. Tak payah la nak buruk sangka, apatah lagi di bulan Ramadan yang penuh kemuliaan ni. Biarkan saje Ashraff sebagai ketua keluarga menguruskan perihal rumahtangganya itu.

Kita sebagai manusia yang tak sempurna manapun ini, doakan sajelah kebahagiaan mereka bertiga! Ini saje yang boleh saya katakan dan berharap orang di luar sana yang marahkan Ashraff terutamanya kaun Hawa beristighfar banyak2 sebelum mengeluarkan kata-kata yang belum tentu pastinya sahih!

#Setuju juga...sebagai manusia siapa kita untuk menghukum apatah lagi menghina orang lain apatah lagi di bulan Ramadhan ini. Mungkin juga pandangan bapa Dayana sebelum ini harus diketepikan...-agaknya la....
sumber : http://kezoom.blogspot.com/

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Unknown said...

tapi kenapa sakinah tak dapat mengelak kan diri dari suami orang?


21 July 2013 at 13:45

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved