Walaupun sudah menginjak usia 40-an, kejelitaan pelantun lagu 'Teratai Layu Di Tasik Madu', Fauziah Latiff nyata terserlah. Pasti ramai yang ingin tampil seperti wanita ini bukan?
Sudah lebih 20 tahun mengamalkan minuman kesihatan pati ikan haruan merupakan rahsia wanita ini kekal sihat dan semakin menawan.
“Saya mula minum pati ikan haruan sewaktu umur saya 18 tahun. Orang tua yang menyaran saya untuk minum pati ini kerana waktu itu saya sedang sibuk dengan aktiviti seni. Mereka percaya pati ikan haruan dapat tambah tenaga dalam badan kita. Sejak itu, saya amalkan minum pati ikan haruan sehingga sekarang”, ujar Fauziah yang ditemui baru-baru ini.
Oleh kerana percaya akan khasiat pati ikan haruan ini, Fauziah dilantik menjadi duta jenama Polleney untuk kali kedua.
“Pati ikan haruan bukan sahaja bagus untuk ibu selepas bersalin, malah ia juga bagus untuk awet muda. Saya amalkan minum satu botol setiap hari. Jika terlalu penat, saya akan minum dua botol pada waktu pagi dan malam”, kata Fauziah.
Meskipun dia nampak langsing, tambah Fauziah, dia tidak gemar terlalu mengawal pemakanan sebaliknya dia lebih suka menikmati pelbagai jenis makanan dengan cara yang sihat.
“Rugi kalau terlalu kawal pemakanan. Tapi saya amalkan diet seimbang dan rajin bersenam”, jelas Fauziah yang kini sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri 'Roda-Roda Kuala Lumpur'.
sumber : http://www.gua.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment