Anggota Tentera Mati Bunuh Diri Di Kem Kementah

on Wednesday, 10 July 2013

Seorang anggota tentera berusia 24 tahun telah ditemui mati bunuh diri di kem tentera di Jalan Padang Tembak.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah, beliau mengesahkan lelaki itu telah menggantung dirinya dan ditemui mati oleh polis selepas mereka dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 7 pagi Rabu.
"Kami masih menyiasat," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah.
Dalam pada itu, Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan mengeluarkan kenyataan mengesahkan kejadian itu.
Menurut kenyataan, askar itu ditemui mati di pada pukul 5.45 pagi di Kem Kementah, Jalan Padang Tembak di sini.
Kenyataan itu menambah bahawa Angkatan Tentera telah menyerahkan kes itu kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
sumber : http://kezoom.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved