Rumahtangga Bahagia Selepas Dibelasah Suami

on Saturday, 29 June 2013



Selepas membuat laporan polis akibat dibelasah suami pada tahun lalu, pelakon, Balkisyh Semundur Khan, 26, akui kehidupan rumahtangga dengan suami, Mohd Aizad Mohd Rosli, 29, masih berjalan seperti biasa dan bahagia.

Malah, Balkiysh Semundur berkata dia tidak juga mahu memanjangkan kes itu ke mahkamah kerana merasakan ianya hanyalah masalah kecil di dalam rumah tangganya.

"Setakat ini, hubungan kami suami isteri tiada masalah yang serius dan kami menjalankan kehidupan berumahtangga seperti biasa tanpa ada masalah. Malah, saya tidak memanjangkan kes ini ke mahkamah kerana merasakan ianya hanya pergaduhan biasa dalam kehidupan berumah tanggga kami," katanya kepada murai.com.my selepas majlis pra tonton drama Cinta Yang Satu dan Dia Tetap Ayah, di Finas, petang semalam.

Pada Februari tahun lalu, Balkisyh pernah membuat laporan polis selepas mendakwa dipukul suaminya dikediaman meraka di Wangsa Maju.

Pun begitu, Balkisyh Semundur berkata dia tidak dapat melupakan pengalaman tersebut yang dianggap bukan sahaja memalukannya malah lucu kerana pergaduhan mereka tidaklah seserius seperti yang digambarkan.

"Sebenarnya saya rasa malu dan kelakar juga kerana kami sebenarnya bergaduh seperti biasa sahaja dan tidaklah sampai wujudnya insiden sehingga dipukul teruk. Cuma ketika itu, kami bergaduh dengan meninggikan nada suara masing-masing yang kuat sehingga kami menggunakan barang-barang di sekeliling untuk dibaling dan sebagainya.

"Jadi jiran kami yang mendengar bunyi bising itu fikir saya dipukul dan terus membuat laporan polis. Tak lama kemudian pegawai polis sendiri datang ke rumah kami untuk membuat siasatan.

"Bila semuanya selesai, kami rasa seperti hendak ketawa pula kerana terlalu lucu dengan apa yang berlaku. Sejak dari itu, kami mula berjaga-jaga untuk bergaduh kerana kami memang agak ganas (kasar) bila bergaduh," jelasnya lagi.

Pasangan ini yang berkahwin pada tahun 2007 telah dikurniakan seorang anak Nurqalisha Mohd Aziad yang berusia 4 tahun.

sumber  : http://www.murai.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved