Gambar Hiasan
Dubai: Keselamatan bahan pencuci tangan mula dipersoalkan apabila seorang budak lelaki enam tahun buta sebelah mata selepas menggunakannya.
Laporan perubatan penduduk Tunisia yang tinggal di Ajman berkata kehilangan penglihatan itu berikutan satu lecur kimia tidak sengaja disebabkan bahan pembersih terbabit.
Kes itu mengetengahkan bahaya penggunaan pencuci tangan secara tidak wajar, laporan antarabangsa mendakwa ada peningkatan di kalangan remaja Amerika Syarikat yang minum bahan itu kerana ia mengandungi alkohol, malah menyuling formula untuk mendapatkan hasil lebih kuat.
sumber : http://www.bharian.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment