"Saya masih lagi belum berpunya" - Elfira Loy

on Wednesday, 26 June 2013

Pelakon muda, Elfira Loy, 19, nafi sedang bercinta dengan mana-mana lelaki termasuk aktor dari Indonesia, Baim Wong kerana usianya yang masih muda.

Menurut Elfira, buat masa ini dia masih lagi mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya dan pengajiannya dalam bidang Seni Persembahan & Komunikasi, Kolej Damansara Utama (KDU).

"Saya masih lagi belum berpunya. Sebenarnya bila difikirkan semula, setiap kali saya berlakon dengan pelakon lelaki, pasti saya akan digosipkan bercinta bersama.

"Antaranya yang pernah dikaitkan bercinta dengan saya adalah Randy Pangalela, Zizan Razak dan juga Zoey Rahman," katanya ketika dihubungi hari ini.

Isu percintaan Elfira dan Baim hangat diperkatakan selepas pelakon kacak dari seberang itu sendiri membuat pengakuan bahawa mereka sedang dilamun cinta dalam program Meletop di Astro Ria semalam.

Malahan untuk membuktikan bahawa mereka sedang serius bercinta, Baim turut menunjukkan khidmat pesanan ringkas (SMS) antara dia dengan Elfira.

Bagaimanapun, apa yang ditunjukkan oleh Baim dalam program yang dihoskan oleh Neelofa dan Nabil itu hanyalah gimik memandangkan beliau dan Elfira melakonkan watak pasangan kekasih dalam telefilem terbaharu mereka, "Untuk Terakhir Kali".

sumber : http://www.utusan.com.my/

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved