Kelaparan Punca Mati

on Wednesday, 26 June 2013

Abang kepada penyanyi Amy Winehouse baru-baru ini mendedahkan kepada media punca kematian adiknya adalah disebabkan Bulimia. Alex Winehouse bagaimanapun tetap tidak menafikan arak dan dadah turut menyumbang kepada kematian adiknya pada Julai 2011. Dia yang ditemuramah sebuah majalah baru-baru ini turut menerangkan keadaan adiknya sebelum menemui ajal yang disifatkannya sangat lemah akibat kekurangan zat.

"Dia akan tetap meninggal, kerana cara kehidupan yang diamalkan selama ini. Tetapi penyakit sebenar yang membunuh Amy adalah Bulimia."

Menerangkan Amy sebelum ini sebagai seorang yang sihat, Winehouse percaya adiknya itu mula menghadapi masalah pemakanan ketika berumur 17 tahun.

"Jika dia tidak mempunyai masalah pemakanan dia pastinya akan menjadi seorang yang sihat secara fizikal," katanya lagi.

Bercakap mengenai sumbangan yang disalurkan kepada badan amal adiknya itu, Winehouse menerangkan mereka akan terus membantu remaja yang mengalami masalah pemakanan.

"Kami akan terus menyokong badan amal yang ingin membantu masalah pemakanan di kalangan remaja, sebab tidak ramai yang ingin ambil tahu mengenainya," katanya tentang penyanyi yang terkenal melalui lagu The Back To Black ini. Kenyataan terbaru abangnya sekaligus menafikan laporan pihak perubatan yang sebelum ini mengatakan punca kematian Amy adalah disebabkan keracunan arak yang diambilnya.

Sumber : http://www.utusan.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved