HOTEL DARIPADA KAPAL MEWAH

on Monday, 17 June 2013



Sekilas pandang dari jauh bagai sebuah kapal persiaran mewah yang terdampar di puncak bukit akibat bencana tsunami. Namun jangan terkejut kapal persiaran mewah itu sebenarnya adalah sebuah hotel yang sengaja direka bentuk seperti kapal persiaran.

Hotel kapal persiaran ini bernama The Sun Cruise, letaknya di atas bukit di daerah Jeongdongjin, Korea Selatan. Kelihatan cukup eksotik terdampar di bukit Jeongdongjin pinggir pantai Laut Jepun itu.

Kapal persiaran tersebut ada 211 bilik di dalamnya, reka bentuk dalaman mirip dengan bilik yang ada pada sebuah kapal layar. Lengkap dengan segala kemudahan standard hotel mewah di dalamnya, termasuk juga arena golf mini, tempat riadah, kolam renang air laut, 6 restoran, karaoke dan lain-lain.

Pemandangan terus dari pantai membuat pengunjung dapat menyaksikan indahnya sunrise dan sunset seperti berada di laut. Tentunya tiada alunan ombak yang membuat para penumpang mabuk laut.

Tak lupa juga ada sebuah taman yang indah dan selalu digunakan oleh para tetamu untuk pesta barbeku dan mengadakan perkahwinan.

Bayaran menginap di The Sun Cruise adalah 80 ribu Won per malam. Amat berpatutan untuk pengalaman dan sensasi unik yang boleh dapat semasa menginap di hotel berbentuk kapal persiaran tersebut. Menarik jugakan?




Sumber: Dailymail
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved