Hanez Tiada, Awi Rafael-Shila Amzah Ada Chance Bersama?

on Thursday, 27 June 2013


Berita mengenai perpisahan yang tercetus di antara Awi Rafael dengan Hanez Suraya sebenarnya agak mengejutkan Murai Batu. Bukannya apa, sebab sebelum ini Murai Batu tengok hubungan diaorang okey saja. Yelah, mungkin itu hanyalah pada dasarnya saja.

Tapi, apa yang berlaku sedalam-dalamnya, hanya Awi Rafael dengan Hanez Suraya saja yang mengetahuinya. Kalau sudah tiada persefahaman lagi, buat apa hendak mempertahankan hubungan mereka itukan?

Lambat-laun, kalau ianya tidak ditangani dengan baik, pasti iia akan lebih memudaratkan lagi kedua-dua pihak. Jadi, sebelum ianya menjadi lebih parah, lebih baiklah hubungan itu dinoktahkan dengan cara yang lebih aman serta penuh diplomasi.

Melihat perpisahan Awi Rafael dengan Hanez Suraya ini pun ada hikmahnya. Sebab, bekas kekasih Awi Rafael iaitu Shila Amzah pun sudah kembali single.
Siapa tahu, lepas ini ada jodoh di antara mereka berdua semula. Kita takkan tahukan?

Semua ini adalah urusan Tuhan. Kita takkan dapat lari daripada ketentuanNYA. Lagipun, Awi Rafael dengan Shila Amzah dulu pun berpisah kerana situasi dan keadaan. Hakikatnya, masing-masing tidak pernah bermusuh dan masih lagi menghormati di antara satu sama lain.

sumber : http://murai.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved