Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) Australia mengesahkan tiada sebarang isyarat akustik dikesan dalam tempoh 24 jam lalu di kawasan pencarian pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi.
Menurut JACC, berdasarkan pengesanan beberapa objek oleh pesawat dan kapal ketika operasi SAR pada Jumaat, hanya beberapa daripadanya berjaya diambil namun tiada satu pun disahkan ada kaitan dengan MH370.
Menurut JACC, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (Amsa) pada Sabtu merancang meneruskan pencarian di kawasan seluas 41,393 kilometer persegi, 2,331 kilometer ke barat laut Perth.
"Kapal Ocean Shield akan menumpukan kepada usaha mengesan isyarat kotak hitam pesawat manakala pesawat AP-3C Orions meneruskan pencarian akustik," demikian menurut JACC menerusi kenyataan pada Sabtu.
sumber:http://www.mstar.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment