Pemandu Bas Dakwa Kereta Potong Sebelah Kiri

on Monday, 14 April 2014

Di Sebalik dakwaan penumpang dia membawa bas dengan menggunakan siku, pemandu bas, Wan Khairul Efendi Wan Mustapha, 35, mendakwa sebuah kereta cuba memotong di sebelah kiri menyebabkan bas dipandunya hilang kawalan.

Wan Khairul Efendi berkata, ketika kereta berkenaan sedang memotong dia cuba menekan brek namun terus hilang kawalan dan terbabas.

Menurutnya, selama 10 tahun bekerja sebagai pemandu bas, ini merupakan pengalaman pertama kali terlibat dalam kemalangan ngeri. Akibat kemalangan tersebut, dia cedera di kaki kanannya.

Katanya lagi, bas terbabit boleh membawa seramai 69 penumpang dan pada malam kejadian dia hanya membawa 68 penumpang termasuk pemandu kedua, justeru tidak timbul soal lebihan muatan.

Wan Khairul Efendi berkata demikian ketika dikunjungi Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai, di Hospital Bentong, semalam.

Sementara itu, Tiong Lai dalam kunjungannya itu turut merakamkan simpati kepada semua mangsa.

Beliau berharap ada pihak yang dapat mengambil tindakan membaik pulih jalan Bentong menuju ke Raub yang tidak hanya selekoh, malah berbukit dan membahayakan.

“Kita harap agar tindakan segera dapat diambil bagi membaik pulih jalan terbabit supaya ia tidak lagi menjadi lokasi panas kemalangan,” katanya.

Pada masa sama beliau memberitahu, tujuh mangsa iaitu tiga lelaki dan empat perempuan dirawat di Hospital Bentong manakala dua mangsa dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HosHas) Temerloh manakala seramai 55 mangsa lagi dirawat sebagai pesakit luar.

Dalam kejadian itu, tiga maut termasuk sepasang suami isteri manakala 10 lagi parah selepas bas dua tingkat itu terbabas dan terbalik. 
sumber:kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved