Namun di sebalik pihak media melaporkan mengenai punca kehilangan dan di mana lokasi pesawat MAS itu, pihak media asing turut mengambil kesempatan membuat laporan yang mencemar nama baik Malaysia.
Berikut adalah beberapa siri laporan media asing yang dilaporkan berbuat demikian:
1) Portal Daily Mail dalam laman webnya mendakwa Raja Permaisuri Agung Tuanku Hajah Haminah dilihat seperti tidak mempedulikan keadaan keluarga penumpang pesawat MH370 yang sedang bersedih tetapi bermain golf dengan wajah ceria. Ia jelas satu dakwaan berniat jahat menjejaskan imej Malaysia kerana baginda bukannya bermain golf atas dasar peribadi sebaliknya menyertai satu acara pro-am sebelum berlangsungnya Kejohanan Golf Piala EurAsia yang bakal diadakan di Kuala Lumpur.
2) Portal Daily Mail mendakwa Kapten Zaharie Ahmad Shah berkelakuan tidak seperti kebiasaannya dan sedikit terganggu. Kenyataan itu dikatakan diperoleh daripada anaknya, Aishah Zaharie. Sehari selepas berita tersebut, Aishah menerusi laman Facebooknya membidas kenyataan itu dan mengakui tidak pernah berlaku sesi temu bual di antara mereka.
3) Telegraph menyiarkan gambar pembantu juruterbang MH370, Fariq Abdul Hamid bersama seorang wanita berketurunan Afrika Selatan yang disifatkan sebagai 'playboy'.
4) Portal The Mail mendakwa insiden pesawat MH370 berlaku disebabkan penyakit misteri yang dialami oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah.
5) Portal Mirror News mendakwa juruterbang membuat protes politik terhadap negara sekaligus merampas pesawat MH370.
6) The Telegraph melaporkan MAS telah dibayar pampasan sebanyak AS$110 juta (RM364 juta) daripada syarikat insurans berikutan kehilangan pesawat MH370 dan syarikat insurans juga bersetuju untuk membayar kepada keluarga penumpang. MAS bagaimanapun menafikan perkara berkenaan dan memberitahu ia mempunyai perlindungan insurans yang mencukupi untuk melindungi sebarang liabiliti undang-undang yang timbul daripada penerbangan itu.
7) Saluran berita CNN turut mengaitkan insiden kehilangan MH370 ada berkaitan dengan orang Islam sebagai pengganas dan penghinaan dinyatakan berulang kali dengan mengatakan bahawa juruterbang dan pembantu juruterbang sebagai pengganas Islam. Walau bagaimanapun, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein membidas dakwaan itu.
sumber: kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment