Malaysia Mohon Bantuan Penuh US Dalam Mencari MH370

on Tuesday, 1 April 2014

Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein akan berangkat ke Hawaii untuk menghadiri satu mesyuarat dengan Markas Pasifik Amerika Syarikat berkenaan isu MH370.

Mesyuarat yang akan diadakan mulai 1 hingga 3 April akan dikendalikan oleh Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Chuck Hagel.

Menurut beliau, pertemuan itu diadakan untuk meminta bantuan dan kerjasama dari Amerika Syarikat dalam usaha mengesan MH370.

"Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya akan memberikan maklumat terkini dan juga perkembangan terbaru berkenaan dengan misi mencari pesawat MH370,"

"Ianya satu pertemuan yang penting bagi kedua buah negara, pihak kerajaan amat berterima kasih kepada kerajaan Amerika Syarikat jika mereka mahu memberikan kerjasama penuh bagi menjejak pesawat terbabit," katanya dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Tambahnya lagi, beliau akan turut menggunakan peluang itu untuk membincangkan kemungkinan untuk menambah lagi aset untuk mencari pesawat di Laut Hindi.
sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved