Lewat Ke Lokasi, Amyra Rosli Cuba Bidas Fasha Sandha

on Tuesday, 1 April 2014

Fasha Sandha memang dikenali sebagai seorang artis yang sangat menepati masa, berdisplin serta tidak menyusahkan orang lain. Sebelum ini, Fasha Sandha juga pernah membidas Dazrin, tunang Amyra Rosli kerana sering lewat ke lokasi.

Amyra Rosli dalam satu kenyataan menjelaskan, tuduhan Fasha Sandha itu tidak betul. Malah Amyra juga mempersoalkan tindakan Fasha membuat tuduhan sebegitu. Dia juga mengakui sedih dan kecewa dengan apa yang terjadi. Menurut Amyra,

"Tidak ada masalah pun antara kami (Amyra dan Fasha). Malah kami sempat memuat naik gambar ketika menjalani penggambaran di laman Instagram masing-masing. Kami memang baik dan profesional di set penggambaran.

"Malah, siap ada yang pelik dan menulis komen di gambar kenapa wujud hal ini sedangkan di set penggambaran kami OK. Saya sedih dan kecewa hal ini timbul. Kenapa (Fasha) perlu bermuka-muka?
Selalunya kalau di set penggambaran, saya anggap pelakon dan kru macam keluarga. Tak sangka ada insan macam ini… dah kenapa? Cukuplah apa yang dia kenakan dekat tunang saya (Dazrin).."

Dalam pada itu, Amyra juga yang mengakui dirinya orang baru dalam industri, tetapi bertegas enggan dirinya dijadikan bahan yang mudah diperkotak katik oleh orang lain.

"Saya orang baharu dalam industri seni tapi janganlah fikir saya boleh diperkotak-katik. Ini periuk nasi saya dan saya tak pernah pun kacau periuk nasi orang lain.

Setahun lebih saya menerjah persada seni dan bergelut untuk berkongsi bakat. Jadi jangan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman atau cipta sensasi sesuka hati.

Apa yang terjadi buat saya lebih berhati-hati. Apabila bekerja saya akan berkerja sebaik mungkin dan cuba untuk tidak terlalu rapat dengan pelakon yang terbabit.

Kita tak oleh duga manusia ini yang mungkin baik di depan kita tapi di belakang mungkin sebaliknya."

Dalam pada itu, Fasha Sandha juga tampil membidas semula kenyatan Amyra Rosli. Fasha berikan penjelasan mengenai perkara sebenar yang telah berlaku. Paling penting, menurut Fasha, dia tidak pernah memberi kenyataan pada mana-mana wartawan sebaliknya isu ini timbul bersumberkan pihak produksi sendiri.

"Ya memang benar saya pernah tinggalkan lokasi penggambaran telefilem Baju Raya Yaya kerana kelewatan Amyra. Saya tidak tahan menunggu berjam-jam di lokasi kerana kelewatan artis.

Kalau menunggu pembikinan cahaya atau perkara lain tidak mengapa, tapi bukanlah masalah kelewatan artis. Dua hari sebelum itu ada artis lain datang lewat dan hari ketiga, Amyra pula lewat, jadi saya tinggalkan set. Tapi keesokan harinya saya datang ke lokasi dan keadaan kembali normal.

Ramai saksi di lokasi penggambaran tahu mengenai perkara itu. Dia sendiri memohon maaf kepada semua di set itu atas kelewatannya. Amyra memberika alasan dia tidak tahu masa dia patut datang.

Saya pun hairan mengapa Amyra menafikan dan bersumpah di tidak lewat. Walau apa pun juga alasan, memang Amyra lewat sedangkan saya sampai di lokasi seawal jam 8 pagi dan sudah siap bersolek setar bersedia masuk set.

Amyra sampai jam 10 pagi dan masih belum bersiap sedia. Saya harus menunggu beberapa jam lagi untuk dia bersiap. Apa pun, saya sudah memaffkan Amyra. Saya yakin dia tidak berfikir panjang sebelum memberikan kenyataan."
 
sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved