Ia jelas dilihat menerusi program realiti ‘I Am A Singer’ yang sebelum ini menyaksikan Shila berada di tangga pertama pada minggu ke-10 tiba-tiba menjunam jatuh ke tangga keenam pada minggu seterusnya.
Keputusan itu nyata mengejutkan peminat dan juri profesional kerana persembahannya jarang sekali mengecewakan.
Memetik laporan Harian Metro, ibu Shila, Fauziah Sarman berkata keputusan itu diterima Shila dengan hati terbuka.
“Kami tidak mahu membuat sebarang andaian berhubung perubahan kedudukan yang sangat drastik itu disebabkan ada kaitan dengan isu MH370.
“Shila bersikap terbuka dengan keputusan itu. Baginya, perkara ini biasa apatah lagi sudah sampai ke peringkat separuh akhir, strategi undian penonton juga berubah kerana masing-masing mahu menyelamatkan peserta tertentu.
“Kalau nak kata Shila diboikot, ketika insiden MH370 hangat diperkatakan di China, Shila tetap dilayan dengan baik dan peminat yang terserempak dengan Shila begitu teruja nak bergambar.
“Bagi Shila apabila dia berada dalam satu pertandingan dan memperoleh peluang, tiada alasan untuk patah semangat atau sambil lewa ketika membuat persembahan,” katanya.
Sabarlah Shila. Kalau insiden pesawat ini menjadi pengukur para peminat program tersebut untuk mengundi Shila, ternyata merekalah yang tidak bersikap profesional dalam hal ini.
Apa pun, kami yakin peminat sejati Shila akan terus menyokong dan mendoakan kejayaan Shila di persada antarabangsa.
sumber:Mynewshub.my
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment