"Cukup-cukuplah memperbesarkan isu ini (kelewatan), isunya hanya kecil pada awalnya tetapi kini telah menjadi besar. Apa yang berlaku adalah satu salah faham dan kami ambil positif daripada apa yang berlaku," pinta ibu Amyra Rosli, Noor Zaridah Ahmad yang juga pengurus aktres itu mengenai kenyataan terbaharu Fasha Sandha berkaitan kelewatan anaknya.
Jelas Noor, sebagai ibu dan pengurus, dia bukan mahu membela anak sulung daripada empat adik-beradik itu, namun jika benar anaknya terlewat, kelewatan itu juga berpunca daripadanya.
"Sebagai pengurus, sayalah yang menguruskan jadual anak saya termasuklah soal disiplin. Apatah lagi isu kelewatan ini pertama kali berlaku dan ia sepatutnya tidak perlu diperbesar-besarkan.
"Sejujurnya saya enggan memberi komen lagi, kerana hal ini juga telah selesai dengan pihak produksi dan pengarah juga ada memaklumkan dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Amyra," jelasnya kepada Zass.
Disoal mengenai perjalanan karier Amyra berkaitan isu ini, Noor berkata : " Alhamdulillah, karier Amyra tidak terjejas dengan isu ini.
"Masih ada syarikat produksi yang minta Amyra untuk 'lock' beberapa tarikh bagi projek terbaru mereka. Malah bagi produksi yang pernah bekerja dengan Amyra sebelum ini, mereka tahu bagaimana Amyra bekerja.
"Cuma saya kesian dengan tunangnya (Dazrin Kamarudin), kerana selepas isu kelewatannya, dia mengakui tawarannya agak terjejas. Tapi bagi saya, rezeki itu di tangan ALLAH SWT," katanya yang berharap isu ini akan berakhir segera.
Sebelum ini, Fasha Sandha pernah menegur masalah disiplin Dazrin Kamaruddin iaitu tunang kepada Amyra Rosli ketika menjalani penggambaran drama bersiri Miranda. Menurut kenyataan Fasha sebelum ini,
“Hari-hari menunggu macam ni. Penat laa… Tolonglah hormat masa, hormat pengarah!. Saya memang tegas dalam soal displin dan displin juga penting dalam apa jua keadaan. Nak kerja dengan saya, kenalah ikut cara saya. Tapi, saya tunggu tiga jam di atas kelewatan setiap hari. Ini sudah melampau”!
Fasha dikatakan benggang dengan sikap Amyra Rosli yang tidak menepati masa, bukan sehari tetapi tiga hari lamanya sehingga membuatkan pelakon senior itu naik angin.
sumber:kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment