MH370 Mungkin boleh diselamatkan jika... ?

on Sunday, 30 March 2014

Bekas calon Ketua Pemuda, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail  berpendapat pesawat MAS MH370 dapat diselamatkan jika TUDM peka ketika ia membuat turning back.

Menurut beliau, walaupun ianya adalah pesawat bukan “hostile” iaitu hanya pesawat komersial tetapi pihak TUDM sepatutnya segera menghubungi Pusat Kawalan Trafik Udara di Subang atau di KLIA untuk pengesahan memandangkan pesawat tersebut berada diruang udara negara.

“Radar tentera saya yakin lebih sensitif berbanding radar Pusat Kawalan Trafik Udara DCA,” tulis beliau dalam posting terbaharu blognya www,syedrosli.blogspot.com

Beliau berharap pihak kerajaan Malaysia perlu belajar dari setiap kelemahan dan wajib perbaiki kelemahan yang ada agar isu keselamatan rakyat dan negara akan sentiasa terbela.
“Jikalau pihak TUDM bertindak balas segera dengan melepaskan beberapa jet pejuang yang berpengkalan di Butterworth untuk melakukan siasatan di udara seperti cuba berkomunikasi dengan juruterbang MH370 dan jikalau gagal boleh cuba ekori kemana akan perginya MH370 tersebut pada masa kejadian mungkin boleh mengelakkan kehilangan MH370 ini,” katanya lagi.

Katanya, kita harus belajar dari apa yang berlaku pada Amerika 11/September 2001 di mana pesawat komersial telah digunakan oleh pengganas untuk menyerang WTC dan Pentagon.
Syed Rosli menambah kita harus belajar dari peristiwa kehilangan MH370 dan akui bahawa sistem pertahanan negara kita masih lemah dan sentiasa harus dikemas kini.

Beliau mencadangkan supaya di masa akan datang juga pihak kerajaan melalui Kementerian Pertahanan harus mengelakkan menguna perkhidmatan orang tengah “broker atau agen” untuk pembelian sebarang aset ketenteraan bagi mengelakkan berlaku ketirisan dan caj perkhidmatan yang terlalu mahal sehingga merugikan negara.

Katanya, pihak kerajaan boleh lakukan secara terus “one to one” dengan kerajaan negara pengeluar mahupun pembekal.
“Dengan ini isu penyelewengan dapat diatasi jikalau tidak keseluruhan boleh mengurangkannya,” tegasnya lagi.

Beliau juga mengalu-alukan kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa semua pintu keluar masuk negara akan diperketatkan kawalannya.
Katanya, ini kerana ada dua penumpang MH370 warga Iran yang mengunakan pasport individu dari warga Itali dan Austria yang dilaporkan hilang di Thailand.

“Pihak Interpol juga telah menasihatkan pihak kerajaan Malaysia melalui Imigeresen Malaysia yang sepatutnya melakukan “cross check” dengan pengkalan data Interpol berpengkalan di Peranchis melalui online yang hanya mengambil masa sepantas 0.02 saat sahaja,” katanya.
Syed Rosli berkata ini antara perkara yang kerajaan Malaysia harus perbaik
i dan belajar dari sembarang kelemahan dan kecuaian jika berlaku di pihak kita agar perkara begini tidak akan berlaku lagi.
Sumber Asal: Blog syedrosli
sumber: http://www.suarashiro.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved