Qi turut menafikan mereka sudah berpisah seperti didakwa media sosial sebelum ini, apatah lagi apabila Nellydia bertindak mengeluarkan gambar dia dalam Instagram miliknya.
"Kami masih lagi bersama dan belum berpisah seperti yang diperkatakan ramai.
"Saya pun tidak tahu kenapa dia keluarkan gambar-gambar saya di Instagram, tetapi saya menganggap dia berbuat demikian demi menjaga hati saya yang sering menerima komen berunsur negatif apabila dia memuat naik gambar saya.
"Dan saya tidak berkecil hati pun. Asalkan dia tidak buang saya dari hati dia sudahlah," selorohnya.
Dalam pada itu, Qi dan Nellydia turut merancang untuk mendirikan rumah tangga kira-kira setahun lagi, selepas aktres itu dapat menyelesaikan beberapa komitmen berkaitan kerjayanya.
"Kami ada merancang ke arah itu (perkahwinan) tetapi bukan dalam masa terdekat ini kerana Nellydia mempunyai beberapa komitmen yang perlu dibuat.
"Mungkin selepas setahun, baru kami tetapkan tarikh yang sesuai," ujarnya.
Sementara itu, Qi turut berharap agar isu kononnya di berasa cemburu selepas Nellydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen digandingkan dengan Sharnaaz Ahmad dalam drama Bukannya Aku Tak Cinta tidak diperbesarkan kerana perhubungan mereka masih lagi baik.
"Rasa cemburu itu sekejap saja. Bagi saya, itu maksudnya Nellydia memang hebat dalam lakonan. Malah semua drama-drama lakonan dia menjadi.
"Takkan saya nak halang kerja yang dia minat. Macam mana cemburu sekali pun saya tetap akan sokong dia dan kalau boleh mahu melihat dia berjaya sehingga dapat anugerah," tuturnya.
sumber: kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment