“Saya tidak tahu macam mana cerita ini boleh timbul sedangkan gosip yang mendakwa saya bercumbu dengan Emma di atas kapal terbang masih baru lagi,”
Dalam masa yang sama, Zizan juga memberitahu dia tidak terkilan dengan situasi yang berlaku biarpun dirinya sering diterjah kontroversi.
“Saya tidaklah terkilan, cuma saya enggan ambil tahu. Saya tidak mahu macam mana mahu komen. Selepas ini saya mahu komen mengenai perihal kerjaya seni saya sahaja,” tutur pengacara rancangan ‘Raja Lawak’ ini lagi.
Ketika ditanya adakah tuduhan ini datang dari pihak yang cuba menjatuhkan reputasi Zizan di kala karier seninya sedang berada di puncak, Zizan hanya memberi komen ringkas dan mengatakan “Wallahualam”.
Sebelum ini, Zizan dan Emma dikhabarkan sedang menjalin hubungan cinta tetapi berita tersebut dinafikan oleh kedua-dua belah pihak. Baik Emma mahu pun Zizan, mereka berdua mengklasifikasikan hubungan mereka sekadar teman rapat sahaja.
sumber: kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment