Tom Cruise Disaman Kerana Plagiat

on Friday, 7 February 2014


Aktor kacak Hollywood, Tom Cruise di saman RM3.3 juta (AS$1 juta) oleh penulis skrip, Timothy Patrick McLanahan berkenaan kes skrip filem ‘Mission:Impossible – Ghost Protocol’ yang ditayangkan pada 2011 yang lalu.


McLanahan mendakwa skrip untuk filem tersebut telah ditiru daripada skrip karyanya berjudul, Head On, lalu dia bertindak memfailkan saman terhadap Cruise Disember lalu.

Menurut laporan Radar online, skrip filem Head On telah dihantar ke William Morris Agency di mana Cruise juga adalah salah seorang kliennya, namun skrip itu telah ditolak.

Filem Mission Impossible: Ghost Protocol dikatakan telah meniru karya McLanahan

McLanahan berkata, dia telah menulis skrip itu dari tahun 2008 tetapi pihak agensi tidak dapat menghasilkan filem menerusi skrip tersebut.

Namun, pada 2011, apabila ‘Mission:Impossible – Ghost Protocol’ ditayangkan, McLanahan menyedari skrip yang ada pada filem itu mempunyai persamaan dengan skrip yang ditulisnya.

Dia mendakwa skrip filem itu ditiru menerusi karyanya dan Paramount Pictures turut dinamakan sebagai defendan dalam saman tersebut.
sumber: http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved