Tips untuk mendapat tidur yang berkualiti

on Sunday, 2 February 2014


1. Pastikan solat di awal waktu.
Apabila sudah solat, mungkin tidur kita akan lebih berkualiti kerana hati kita tenang setelah sudah menunaikan kewajipan.
Umumnya, solat di awal waktu lebih afdhal ketika tiada maslahat-maslahat lain yang ingin dicapai seperti meramaikan jemaah bagi waktu subuh, memperbanyakkan solat sunat sebelum asar, membolehkan Qiamullail bagi Isyak dan menyejukkan bahang bagi Zohor. Tanpa alasan dan maslahat tadi maka, semua solat adalah afdhal di awalnya.

2. Elakkan dari memakan makanan berat sebelum tidur.
Ini kerana, apabila kita memakan makanan yang berat, perut akan menjadi penuh dan sukar untuk bernafas ketika tidur. Badan kita juga terpaksa bekerja untuk memproses makanan tersebut.

3. Minum segelas air masak sebelum tidur.
Air masak akan membantu kita memelihara kesihatan tubuh, melancarkan sistem metabolisme tubuh serta membantu mengurangkan berat badan. Minum segelas air masak sebelum tidur juga bertujuan bagi mengelakkan kita terkena serangan jantung dan juga strok. Di mana kedua-dua penyakit di atas merupakan punca kematian terbanyak yang dicatatkan di Malaysia.

4. Biasakan diri mengambil wuduk sebelum tidur.
Rasulullah SAW bersabda :
“Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu ‘) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika dia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap’ Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci ‘”. (HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra)
5. Siapkan segala tugasan sebelum tidur.
Kerana apabila tugas kita selesai, hati akan menjadi tenang semasa tidur.

6. Memaafkan semua orang sebelum tidur.
MEMAAFKAN semua orang sebelum tidur adalah salah satu tip untuk tidur dalam keadaan tenang dan berkualiti. Kita perlu memaafkan orang kerana kita juga tanpa disedari mungkin melakukan tindakan yang boleh membuat orang terasa hati. Semoga Allah melembutkan hati kita semua, agar mudah memaafkan & dimaafkan oleh orang lain. Sentiasa memaafkan menjadikan hati kita sentiasa tenang dan bersih

7. Solat witir sebelum tidur.
Ini adalah Sunnah Rasulullah SAW
“Sesiapa yang mengerjakan sembahyang dhuha, berpuasa tiga hari daripada sebulan dan tidak pernah meninggalkan sembahyang witir sama ada dalam pelayaran dan bermuqim, dicatat baginya pahala orang syahid.” - Hadis riwayat at-Thabran
“Sesungguhnya Allah telah memberikan (hadiahkan) kepada kamu satu solat, yang mana ianya adalah lebih baik daripada unta-unta yang terbaik. Iaitulah Solat Witir.” - Hadis Riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah

8. Membaca doa tidur.
Kita Sebagai seorang manusia pasti akan tidur kan? dan kita juga sebagai seorang muslim perlu lah baca doa sebelum tidur dan selepas bangun tidur sebagai tanda syukur kita kepada Allah S.W.T yang masih memberikan nyawa untuk kita teruskan perjalan hidup di muka bumi ini 
sumber: http://luvislam92.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved