DEK kerana terlalu sibuk bekerja, penyanyi dan model, Soo Wincci terpaksa melupakan cuti sambutan Tahun Baru Cina tahun ini.
Apa tidaknya, bukan hanya di Malaysia, malah dia juga harus mengukuhkan kerjaya seninya di Taiwan.
Memetik laporan GUA, Wincci mengakui bahawa dia sudah tiga bulan tidak pulang ke Taiwan kerana tuntutan kerja di negara ini.
Secara tidak langsung, ia menimbulkan rasa kurang senang pihak pengurusan di sana.
Oleh itu, Wincci akan kembali semula ke negara tersebut bagi menyiapkan album keduanya.
“Bagi menjaga hati kedua belah pihak iaitu pengurusan di Malaysia dan Taiwan, saya mengambil langkah untuk mengorbankan kehidupan peribadi saya,” ujarnya.
Tambahnya lagi, kesibukan kerja juga menyebabkan dia kerap tidur tiga jam sehari sehinggakan dia pernah hampir terbabas kerana terlalu mengantuk.
Waduh, tak dapat kami gambarkan betapa penatnya menjadi Soo Wincci!
Apa pun, suatu hari nanti, mungkin penyanyi jelita ini harus mengosongkan sedikit ruang jadualnya untuk berehat.
Iyalah, bimbang nanti memudaratkan kesihatan diri pula…
sumber; http://www.suarapeople.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment