Shahrol Shiro Kecewa Jepp Sepahtu Unfollow Dirinya Di Instagram

on Friday, 14 February 2014

Perang dingin yang dikhabarkan berlaku antara Jep dan Shahrol Shiro nampaknya bukan kisah dongeng semata-mata. Menerusi akhbar Metro , Shahrol Shiro mendedahkan beliau dan Jep Sepahtu semakin dingin.

Shahrol Shiro berkata beliau tidak faham apa salah dirinya apabila Jep semakin menjarakkan dengan dirinya dan bersikap dingin dengan dirinya.

Shahrol Shiro juga berkata beliau sudah beberapa kali cuba berdepan dengan Jep dan memohon maaf jika ada salah namun hanya dipandang dingin oleh Jep.

Shahrol Shiro juga akui dia seperti dipulau oleh peserta MLM yang lain yang dikatakan berpunca dari konflik ini. Shahrol Shiro berkata Jep telah menjaja cerita dan memburukkan dirinya kepada rakan pelawak yang lain.

Selain mempengaruhi rakan pelawak lain, Jep juga dikatakan telah tidak lagi mengikuti Shahrol di Instagram. Shahrol akui Jep kini sudah unfollow instagramnya.

Walaubagaimanapun, Ajak Shiro masih lagi rapat hubungan dengan Jep dan peserta lain. Hanya Shahrol seorang sahaja yang menghadapinya.
sumber: http://hotlips-yuya.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved