Serang Nisdawati, Sharnaaz Hantar SMS Ugutan Ke Fauzi Nawawi?

on Monday, 24 February 2014

Tak sudah dengan kontroversi, Sharnaaz dikatakan buat hal lagi. Terbaru, Sharnaaz mengamuk dan cuba menyerang isteri Fauzi Nawawi ketika satu pengambaran drama Bukan Aku Tak Cinta di Sungai Buloh malah menghantar sms berbaur ugutan kepada Fauzi sendiri.

“Sekarang lu (kamu) cerita apa pun wa (aku) mau (mahu) beli. Big bos (orang besar) sudah roger (hubungi) gua (aku). Wa (aku) tak boleh kasi (biar) malu wa (aku) punya bos. Harap lu (kamu) faham. Ini kali kita kasi habis.”

Itu antara SMS berbaur ugutan diterima pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi, 40, yang didakwanya dihantar pelakon Sharnaaz Basir Ahmad, 29, yang kini popular dengan drama Bukan Aku Tak Cinta.

Fauzi berkata, kiriman SMS itu diterimanya pada 21 Februari lalu kira-kira jam 9.42 pagi dan dia percaya ia berkaitan insiden Sharnaaz mengamuk serta cuba menyerang isterinya, Nisdawati Nazaruddin, 35.

Menurutnya, kejadian itu berlaku dalam dua kejadian berasingan di lokasi penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta di Kuang dan Sungai Buloh, Selangor pada 19 dan 21 Februari lalu.

Kata Fauzi, dia menerima SMS berbaur ugutan itu selepas bertanya kepada Sharnaaz kenapa dia menengking dan cuba menyerang isterinya di lokasi penggambaran.
sumber:kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved