Kemunculan penyanyi Siti Sarah ketika majlis rakaman episod terakhir Propaganza di Hotel Residence,Kajang malam tadi tenyata telah mendapat perhatian ramai pihak kerana bentuk badannya yang semakin langsing.
Percaya atau tidak, berat badan ibu kepada dua cahayamata itu kini hanya mencecah 48 kilogram berbanding selepas melahirkan cahaya mata keduanya pada Mei tahun lalu yang telah mencecah 74 kilogram.
Ditemui portal murai.com.my, Siti Sarah berkata semuanya kerana dia mengamalkan pengambilan pemakanan yang betul selain mula mendekati produk makanan tambahan Royale Slim Magic sejak beberapa bulan lalu.
“Saya sudah mula mengamalkan pengambilan produk pemakanan Royale Slim Magic sejak 12 minggu lalu dan nampaknya ia telah berjaya mengurangkan berat badan saya secara semulajadi.
“Apa yang menarik tentang produk ini, saya tidak perlu bertahan lapar atau berpantang untuk tidak makan itu atau ini, kerana ianya amat mujarab buat saya sejak mengambilnya.
“Bagaimanapun dalam masa yang sama saya turut mengamalkan pengambilan pemakanan yang betul untuk tubuh dengan mengurangkan pemakanan yang berminyak mahupun bergula,” katanya yang turut mengamalkan pengambilan buah avocado sebagai makanan tambahan.
Siti Sarah telah tampil dengan gaun hitam sendat yang dililit bersama bow di bahagian belakang persalinan berkenaan dan tidak ketinggalan solekan menawan.
Jelas Siti Sarah, sebelum mengambil keputusan untuk mengamalkan pemakanan yang baik untuk tubuh, dia terlebih dahulu telah meminta izin daripada suaminya Shuib Sepah supaya misinya untuk mendapatkan kembali tubuh langsing dapat tercapai dalam durasi yang ditetapkan.
Kata Siti Sarah lagi, dia amat bersyukur apabila niatnya untuk menurunkan berat badan dalam jangkamasa 12 minggu telah mendapat sokongan baik daripada suami tercinta dan oleh kerana itu semuanya dapat dijalankan dengan baik.
“Saya amat berbangga dengan bentuk badan saya sekarang,lebih-lebih lagi apabila ianya dapat dijalankan dengan sempurna dengan sokongan baik daripada suami.
“Apa yang dapat katakan di sini, semuanya berbekalkan disiplin dan saya telah meminta izin suami untuk tidak menyediakan hidangan makan malam buatnya selama 12 minggu. Alhamdulillah dia menyokong dan redha dengan niat saya itu.
“Selama 12 minggu saya bertekad dan melaksanakannya kerana saya memang mahukan kembali bentuk badan yang langsing dan hanya selepas tempoh itu, saya kembali ke rutin seperti sebelumnya,” katanya.
sumber: http://aiskosong.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment