Bagaimanapun, keterujaan peminat untuk menunggu saat-saat indah itu berlangsung tahun ini mungkin perlu dilupakan kerana Nora Danish baru sahaja mengesahkan tidak akan berkahwin dalam masa terdekat.
Malah, pelakon comel itu turut menjelaskan dia tidak takut jika hubungan cintanya dengan Nadeem Nazri putus di tengah jalan gara-gara cerita kurang enak tentang mereka yang diperkatakan orang di laman-laman sosial dan blog.
“Saya tidak perlu takut jika hubungan yang dijalinkan terjejas. Saya sudah dewasa dan boleh menerima hakikat sekiranya hubungan kami tidak sampai ke jinjang pelamin."
"Saya juga tidak akan berasa kecewa sekiranya perkara itu terjadi. Sebab itu, saya lebih mementingkan hal keluarga sekarang ini."
"Mengenai gambar-gambar perkongsian saya di laman sosial pula, saya juga seperti manusia biasa yang lain, rasa nak berkongsi gambar itu ada.”
Diharap dengan penjelasan Nora ini, mana-mana peminat yang tidak senang dengan sikap pelakon itu suka berkongsi kemesraan hubungan mereka menerusi laman sosial, berhenti untuk mengkritik dan cuba memberi sokongan kepada hubungan murni mereka.

sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment