Raja filem Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan (SRK) telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira- kira jam 7.40 pagi tadi.
Namun, sebaik saja tiba, SRK dilihat berjalan dengan memakai tongkat akibat dari kecederaan yang dialaminya semasa menjalankan penggambaran filem Happy New Year baru-baru ini.
Apa yang menarik, walaupun nampak letih, SRK tetap melayan peminatnya untuk bergambar dan memberi tandatangan walaupun mengalami sedikit kesukaran untuk berjalan.
Difahamkan, kemunculan SRK di Kuala Lumpur bertujuan untuk menjayakan konsert ‘Temptation Reloaded Live in Malaysia Featuring Datuk Shah Rukh Khan & Stars’ yang akan berlangsung esok, bertempat di Stadium Merdeka.
Kalau nak tahu, konsert tersebut bakal dihadiri oleh rakan-rakan SRK yang lain seperti Madhuri Dixit, Rani Mukherji, YoYo dan Arijit Singh.
Pasti ramai peminat filem Bollywood yang menantikan kedatangan SRK ke Malaysia kan? Apa kata kita lihat dahulu foto ketibaan SRK di KLIA pagi tadi.
sumber; http://www.ohbulan.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment