Lisa Surihani
Pelakon Lisa Surihani tidak menyangka mampu bekerja secara profesional di bawah arahan suami, Yusry Abdul Halim dalam filem Cicakman 3.
Lisa, 28, berkata, dia tidak membawa segala perasaan negatif balik ke rumah ketika berada di set penggambaran.
"Pada awalnya saya juga tertanya-tanya sama ada boleh atau tidak bekerja dengan dia (Yusry) dan saya sendiri tidak sangka saya boleh bekerja secara profesional.
"Ketika penggambaran saya seperti pelakon lain juga, ada kalanya ditegur atau dimarahi, namun saya tidak mengambil hati dengan membawa perkara itu sehingga ke rumah," katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran Cicakman 3 di Kolej Segi Kota Damansara, di sini.

Yusry dan Lisa Surihani
Lisa berkata, sebagai pengarah, Yusry juga bersikap profesional dengan memanggilnya dengan nama watak iaitu Linda ketika memberi arahan di lokasi.
Dalam pada itu, Lisa berkata dia bertuah kerana terlibat dalam filem tersebut.
"Yusry merupakan salah satu pengarah yang berada dalam senarai pengarah yang saya ingin bekerja bersama sejak sebelum kami bercinta lagi.
"Saya sangat berbesar hati kerana berada dalam keluarga Cicakman 3 ini," ujarnya.

Lisa Surihani dan Yusry sentiasa profesional ketika di set penggambaran yang berlangsung di Kolej Segi, Kota Damansara.
Lisa yang membawakan watak Linda isteri kepada Zizan Razak mengakui selesa dan mudah bergandingan dengan pelawak tersebut.
Tambahnya, Zizan sentiasa membuatkan keadaan di lokasi ceria dan masa berlalu dengan pantas.
"Saya suka keadaan macam ini kerana bila dia sering buat lawak kita akan bekerja dalam keadaan yang gembira dan tidak tertekan," katanya.

sumber: http://www.mstar.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment