Kuda Berbulu Emas Semakin Pupus

on Saturday, 1 February 2014

Kuda berbulu emas, namanya akhal-Teke, jenis kuda keturunan (breeding) dari Turkmenistan. Selain berpenampilan penuh kemilau seperti emas, kuda jenis ini juga dikenali ,pantas,serta punya daya tahan hebat untuk lebihan berat.

Dikatakan akhal-Teke jumlahnya hanya semakin berkurangan. Kuda yang juga jadi lambang negara Turkmenistan ini menurut wikipedia hanya tinggal kir-kira 3500 ekor di serata dunia.

Banyak pendapat mengenai asal-usul 'kuda emas' ini. Salah satu teori menyebut bahawa akhal-Teke sudah ada sejak ribuan tahun lalu namun disembunyikan oleh suku terpencil di padang pasir Kara Kum. Namun ada pula yang mendakwa bahawa kuda jenis ini sudah digunakan ketika bangsa Mongol jadi penguasa dunia di abad ketiga belas dan keempat belas.

Sebagai bangsa unggul, akhal-Teke terus dikacuk dengan baka lain agar keturunan baru dan tidak pupus. Kuda emas ini sudah terbukti sangat tangkas dan sering dijadikan kuda pertandingan. Prestasinya tercatat pada Grand Prix de Dressage di Sukan Olimpik 1960 di Rom, serta Sukan Olimpik 1964, serta membantu pasukan Soviet meraih pingat emas pada Sukan Olimpik 1968 di Mexico City.



sumber: dairishare
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved