Abam menganggap tubuh badannya yang besar itu telah memberi rezeki dalam kerjayanya.
Pelawak Abam (Bocey) memberitahu ada beberapa pihak meminta dia menguruskan badan sebagai langkah untuk kekal lama dalam industri hiburan tempatan.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, bagaimanapun berkata, dia enggan berbuat demikian kerana menganggap tubuh badannya yang besar itu telah memberi rezeki dalam kerjayanya sebagai seorang pelawak.
"Ada pihak yang meminta saya untuk kuruskan badan, kononnya agar saya dapat bertahan lama dalam industri.
"Tetapi buat masa ini saya enggan mengubah imej saya kerana badan besar inilah membuatkan saya dikenali ramai," katanya kepada mStar Online.
Abam bagaimanapun tidak bersedia berkongsi berapakah berat badannya sekarang.

Kumpulan Bocey
Dalam pada itu tambah Abam, dia juga tidak sangka, sejak memenangi tempat ketigaMaharaja Lawak Mega (MLM) terbitan Astro Warna, dia bersama ahli-ahli kumpulannya iaitu Acey dan Fard tidak putus-putus menerima tawaran lakonan.
Malah, dia dan ahli-ahli Bocey juga telah berbincang tidak akan menyekat rezeki anggota kumpulannya yang lain jika salah seorang daripada mereka sahaja menerima tawaran berlakon.
"Kami tidak menghalang jika salah seorang daripada Bocey ditawarkan berlakon tanpa memerlukan ahli-ahli lain kerana ia juga sebagai salah satu cara untuk mempromosikan kumpulan Bocey.
"Bagaimanapun Bocey bakal muncul dengan filem terbitan MIG (Metrowealth International Group) berjudul Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa," ujar Abam.
Dalam perkembangan lain, lakonan Abam juga dapat ditonton menerusi filem terbaharu arahan Roy Krishnan iaitu Aku Akan Muncul, yang akan ditayangkan pada 27 Februari ini.
Antara pelakon-pelakon lain yang terlibat ialah Julia Ziegler, Datuk Jalaluddin Hassan dan Liza Abdullah.

sumber: http://www.mstar.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment