"Kami Seperti Hamba" - Anak Pasangan Malaysia

on Saturday, 22 February 2014

Ammar (tengah) bersama adik-adiknya Adam (kiri) dan Arif (kanan).

STOCKHOLM: Anak lelaki pasangan Malaysia di Sweden yang didakwa mendera anak mereka berkata rotan yang digunakan terhadap adik beradiknya bertujuan memastikan mereka berdisiplin seperti hamba.

"Ia seperti mereka mengawal kami dengan benda itu. Kami tidak mahu dikenakan hukuman dengan benda itu," kata Ammar , 12, dalam satu temubual yang direkodkan awal januari lalu.

Video temubual itu disiarkan ketika prosiding di Mahkamah Daerah Solna di sini, pada hari Jumaat.

"Mereka fikir mereka seperti tuan dan kami hamba," katanya.

Mendengar keterangan itu, ibunya Shalwati Nurshal dilihat memuncungkan bibirnya dan menyilang tangan.

Shalwati dan suaminya, Azizul Raheem Awalluddin ditahan pada 18 Disember tahun lalu selepas Ammar memberitahu kakitangan di sekolahnya bahawa dia dipukul.

Aduannya itu menyebabkan mereka melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

Polis wanita yang menemubual Ammar bertanya mengenai alat yang digunakan oleh ibunya itu, Ammar berkata ia dipanggil 'rotan' dalam bahasa Melayu.

Katanya beliau tidak tahu jika istilah rotan terdapat dalam bahasa Inggeris.

Anggota polis turut bertanya jika rotan itu mempunyai kegunaan lain seperti penyangkut baju yang digunakan untuk memukul walaupun ia adalah alat untuk menggantung pakaian.

"Ia digunakan untuk memukul sesuatu," tegas Ammar .

"Saya fikir ia digunakan untuk mendidik. Di Malaysia, beliau (Shalwati) menggunakannya apabila mengajar al-Quran. Apabila saya membuat banyak kesilapan, dia akan memukul saya atau memukul-mukul lantai," katanya.

Apabila ditanya oleh polis bagaimana Ammar tahu adik-beradiknya turut dipukul, Ammar berkata adik beliau akan 'berkongsi kesakitan mereka' tetapi mengakui kakaknya, Aishah lebih berdiam diri.

Perbicaraan bersambung Isnin.
sumber:http://www.mstar.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved