“Sudah terlalu banyak saya bertolak-ansur dan beri tempoh tapi dia tetap melarikan diri. Saya terkilan diperdaya,” luah seorang jurusolek dan usahawan mengenai sikap pembantu peribadi (PA) kepada seorang penyanyi kelahiran Akademi Fantasia yang berhutang RM20,500 dengannya.
Wanita berusia 42 tahun dikenali sebagai R itu ditemui di Balai Berita NSTP semalam bagi mendedahkan penipuan PA yang melarikan diri selepas berhutang dengannya berikutan transaksi sebuah kereta BMW 3 Series, Oktober tahun lalu.
Katanya, proses jual beli kereta itu berlangsung tanpa surat perjanjian atas dasar kepercayaan hubungan baik mereka selama ini.
“Memang tak ada hitam dan putih di antara kami sebab saya jual kereta pada dia sebab hubungan kami akrab. Selepas dia bayar duit muka pada Oktober lalu, dia hanya perlu lunaskan baki ansuran dengan bank yang tak sampai setahun pun lagi.
“Malah, saya juga minta dia tukar nama geran, tapi selepas bulan keempat masih tak tukar dan ansuran tertunggak. Akibatnya, pihak bank mencari saya,” katanya.
“Saya terpaksa bayarkan dulu sebanyak RM7,500 pada bank,” katanya. - Harian Metro
sumber: http://www.suarapeople.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment