Isteri Izzue Islam Nafi Cemburu Pada Anzalna

on Friday, 21 February 2014

 “Mana ada cemburu pun. Tak ada bendalah. Semuanya okey,” jelas isteri dan pengurus Izzue Islam, Nurinafilah Waharuddin atau Awin berhubung dakwaan dirinya ‘mengongkong’ lakonan aktor itu dengan Anzalna Nasir sehingga menimbulkan konflik.

Kata Awin, dakwaan itu tidak berlaku langsung kerana dia bersikap profesional dan memahami tanggungjawab suaminya sebagai pelakon.

“Benda tak betul dan tak timbul.Tak ada apa nak cemburukan pun atau berasa keliru pun dengan kerja Izzue.

“Saya menghormati dan profesional dalam kerjayanya. Saya tergelak bila orang cakap macam itu,” katanya.

Difahamkan, Izzue berasa tidak selesa dengan adegan romantik dilakonkan Anzalna yang dianggap keterlaluan dan berlebihan.

Bagaimanapun, Anzalna menyangkal dakwaan itu dan menyedari batas dan profesionalisme sebagai pelakon.

Awin berkata, dakwaan mereka bermasam muka tidak logik kerana Izzue dan Anzalna bergandingan dalam drama itu untuk tempoh penggambaran yang agak panjang.

“Macam mana nak berlakon sama kalau bermasam muka? Drama ini 26 episod dan makan masa berbulan-bulan penggambaran. Sekarang sudah nak habis pun.

“Rasanya semua lancar.Baik Izzue atau Anzalna mereka profesional buat bahagian masing-masing dan tak ada lebih-lebih pun,” katanya.

Sementara itu, Izzue mengakui terkejut dengan isu yang timbul dan menafikan berlaku konflik di antara dirinya dan Anzalna di lokasi.

“Tak tahu pula benda ini berlaku.Setahu saya semua okey. Saya hormat dia (Anzalna) dan dia hormat saya,” katanya.
sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved