Baru-baru ini, Black dan pasangannya telah berangkat ke Mekah dan mengerjakan umrah selama dua belas hari dan sepuluh malam pada 16 Januari lalu.
Seperti orang lain, Black turut tidak terkecuali berdoa dengan harapan segera dikurniakan cahaya mata bagi melengkapkan kehidupannya bersama isteri.
Black berkata, dia menganggap ianya kunjungan serta bulan madu yang paling bermakna dan mengambil kesempatan itu untuk berdoa mendapat kebahagian rumahtangga mereka serta segera dikurniakan zuriat.
Saya kalau boleh memang nak anak yang ramai sebab dalam keluarga saya sendiri tidak ramai adik beradik, saya sendiri cuma ada tiga beradik sahaja. Jadi jangkaan saya untuk mendapat empat ke lima orang anak.
Saya mengharapkan peminat turut mendoakan supa saya cepat dapat zuriat, saya pun memang suka budak-budak.
Katanya, dia kini sedang menanti jika ada khabar gembira itu kerana teruja apabila terdapat beberapa tanda-tanda kehamilan pada isterinya, namun ia masih belum boleh disahkan.
sumber: http://www.ohbulan.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment