Along Pertahan Fasha Sandha, Akui Dazrin Kerap Lewat Ke Set

on Thursday, 6 February 2014

Along Kamaludin mempertahankan tindakan pelakon Fasha Sandha menegur sikap aktor, Dazrin Kamarudin, 26, yang sering datang lewat ke lokasi penggambaran drama berkenaan.

Tambah Along lagi, tindakan Fasha itu tidak salah kerana sebagai pelakon senior, dia berhak memberi nasihat bagi melancarkan penggambaran drama tersebut.

"Tuduhan kononnya isu tersebut sengaja diperbesarkan adalah tidak benar. Fasha menegur dia sebagai seorang senior dan juga kakak. Pada saya tindakan itu tidak salah kerana ia dilakukan demi kebaikan bersama.

"Saya juga tidak mahu isu ini terus berpanjangan kerana penggambaran drama ini masih dijalankan.

"Hari ini (Rabu) baru masuk hari ke-46 penggambaran. Tak naklah ia terhenti di tengah jalan disebabkan kemelut ini," katanya kepada media.

Along berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Dazrin yang akan mengadakan sidang media khas dalam tempoh terdekat bagi menjelaskan tuduhan dia tidak berdisiplin.

Sikap Dazrin didedahkan oleh Fasha Sanda dalam sebuah akhbar pada Isnin lalu yang antara lain mendakwa Dazrin sering datang lewat ke lokasi sejam sehingga dua jam mengakibatkan penggambaran drama berkenaan terganggu.
sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved