3 Tabiat Kecil Buatkan Wanita Cepat Tua

on Saturday, 22 February 2014


3 kesilapan kecil ini mampu membuatkan anda nampak tua malah wajah anda seakan tidak bermaya dan nampak kusam. Ingin tahu apa dia? Kami kongsikan.

TIDUR DENGAN MEKAP

Ya, ramai yang melakukan perkara ini, rasa malas untuk cuci mekap dan hanya biarkan sampai anda tertidur. Tahukah anda ianya akan membuatkan wajah anda tampak kusam dan kering dengan mekap. Anda mesti tahu perihal seorang wanita yang tidak mencuci mekap selama lebih sebulan dan hasilnya wajah kelihatan lebih tua dan kusam. Walau malasa sangat, sampai rumah terus ambil wet tissue atau cleanser cream dan bersihkan mekap, semuanya hanya ambil 10 minit sahaja, daripada anda ingin biarkan wajah dengan kotoran mekap.

KEKERAPAN CUCI MUKA DALAM SEHARI

Ramai daripada kita yang setiap kali ada masalah kulit pasti cuci muka, mereka rasa geram dengan keadaan di muka lalu terus cuci muka beberapa kali dalam sehari. Tahukah anda lebih pengelupasan mampu merengsa kulit anda dan benar-benar membuat liang anda menghasilkan lebih banyak minyak yang hanya membawa kepada jerawat yang kerap. Cuba dua atau mungkin tiga kali seminggu.

IKAT PONYTAIL TERLALU KETAT

Alasan ikat ponytail terlalu ketat hanya menyebabkan rambut anda tidak sihat dan boleh menyebabkan keguguran. Oleh itu, elakkan ikat rambut terlalu ketat bagi tiada masalah rambut yang berlaku. 
Sumber: http://pentakpatah.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved