Wan Hanafi Su Restui Hubungan Remy Ishak dan Budi Citawan

on Friday 10 January 2014

Keintiman pelakon Remy Ishak dan Budi Citawan, anak kepada Wan Hanafi Su menjadi perhatian selepas beberapa gambar kemesraan mereka dikongsi di laman instagram. Wan Hanafi ketika ditanya mengenai hubungan cinta anak gadisnya dengan pelakon Remy Ishak, menjelaskan dia tidak ada halanagn jika benar mereka berkawan.


Wan Hanafi Su restu hubungan Remy dan Budi Citawan

“Kalau mereka berkawan begitu, saya tak ada halangan. Kebetulan saya memang kenal Remy dan menyenangi sikapnya.

“Jadi apa salahnya kalau memang mereka berkawan, saya restui saja,”

“Ini (hubungan) adalah soal domestik dan peribadi. Pada saya, terpulanglah dan biarlah dia buat pilihan sendiri.

“Cuma benda begini tak perlu ditonjolkan atau sensasikan pun,”


Budi Citawan Wan Hanafi


Remy Ishak pula tidak memberikan sebarang komen sama ada mengiyakan atau menafikan tentang hubungan intim dia dan Budi Citawan. Budi Citawan yang cantik manis ni lulusan Public Relations, Mass Communication dari Universiti Teknologi MARA (2007- 2009).
Pernah bekerja di 8tv, dan Media Prima.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved