Vivian Tidur Bersama Lelaki Lain, Alvin Tak Puas Hati

on Sunday 5 January 2014

Nampaknya hubungan pasangan blogger s3ƙs, Alvin Tan dan Vivian Lee atau lebih dikenali sebagai "Alvivi" sebagai kekasih boleh dianggap telah berakhir selepas Alvin mengaku Vivian bukan lagi teman wanitanya.

Namun ianya tidak menghairankan kerna hubungan intim yang sepatutnya dilakukan secara bertutup pun mereka boleh dikongsikan dengan orang ramai, apatah lagi perasaan sendiri.

Jadi tindakan Alvin dan Vivian yang menunjukkan masalah hubungan mereka secara terbuka bukanlah perkara yang pelik sebenarnya.


Alasan perpisahan mereka juga langsung tidak mengejutkan iaitu Vivian dikatakan kantoi melakukan hubungan "terlarang" dengan lelaki lain di belakang Alvin.

Menurut Alvin yang menjelaskan kepada The Malay Mail, dia dan Vivian memang mengamalkan hubungan terbuka di mana mereka setuju bahawa masing-masing boleh melakukan "intim" bersama orang lain, dengan satu syarat, iaitu di hadapan mata satu sama lain.

Bagaimanapun Vivian dikatakan ingkar peraturan itu apabila melakukan seks dengan lelaki lain di belakangnya, Ogos tahun lalu. Sebagai balasan, Alvin melakukan perkara serupa sebulan selepas itu.

Kekecewaan Alvin terhadap tindakan Vivian turut diungkapkannya menerusi status di laman Facebook bersama mereka selain siri-siri status lain di laman Facebook peribadinya termasuk memaparkan gambar lelaki yang dikatakan curang bersama Vivian.

Kecurangan ini diakui Vivian dan dia nampaknya masih berusaha membaiki keadaan dengan membuat status memohon maaf secara terbuka kepada Alvin di laman Facebook peribadinya.

Pasangan erotik ini mula dikenali sejak 2012 selepas mewujudkan blog Sumptous Erotica yang memaparkan gambar dan video aksi hubungan s3ks mereka, seterusnya diikuti Facebook Alvivi dan saluran YouTube Alvin Vivian

Keterbukaan mereka makin lama semakin melampau apabila tidak cukup dengan penganjuran parti s3ks, pasangan ini menghina agama Islam pula menerusi gambar mereka mengucapkan Selamat Berbuka Puasa di Facebook berserta gambar hidangan sup babi (bak kut teh).

Akibatnya pasangan ini didakwa di bawah Seksyen 29A Kanun Keseksaan kerana melakukan percakapan, isyarat atau sesuatu yang boleh merosakkan keharmonian, perpaduan atau mencetus kebencian terhadap agama.

Selain daripada pertuduhan tersebut, mereka turut dituduh di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Penapisan Filem 2002.
sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved