Pondan Bangla masuk pertandingan Miss World

on Monday 13 January 2014



Model terkenal, Amelia Maltepe berharap dapat memenangi pertandingan Miss World pada tahun ini. Dia yang dilahirkan di Dhakar, Bangladesh membesar seperti budak lelaki normal. Keluarganya merupakan keluarga Muslim. Namun, Amelia sentiasa berasa dirinya terperangkap di dalam badan jantina yang salah.







Amelia Maltepe bergambar bersama ibu dan adik beradiknya ketika kecil


Dia berkata: "Saya sentiasa tahu, saya berasa berbeza daripada kanak-kanak lelaki lain, tetapi di Bangladesh orang tidak bercakap tentang perkara ini"

Pada 2012, Amelia membelanjakan 8,000 Pound untuk pembedahan implan payudaranya. Dan kini pada usia 23 tahun, pelajar bidang bisnes dan akaun ini bakal menggegarkan dunia ratu cantik.

Amelia sebelum menjalani pembedahan transgender.

Kini Amelia hidup seperti wanita normal bersama teman lelakinya, Charles,27 yang juga bertindak sebagai pelatih peribadinya.

Ketika pertemuan mereka, Charles juga tidak menyangka Amelia adalah transgender.



"Saya tidak sedar Amelia adalah transgender pada mulanya tetapi apabila dia memberitahu saya, saya tetap menerimanya"

"Saya telah memperkenalkannya kepada keluarga saya dan mereka sangat gembira. Dia merupakan inspirasi kepada orang lain."


Menurut Amelia, ketika pertama kali keluarganya mengetahui dia melakukan pembedahan transgender, keluarganya terus berhenti berhubung dengannya kerana tidak dapat menerima keputusan itu.

"Ketika pertama kali mereka melihat saya dengan payudara, ia sudah tentu amat sukat buat mereka untuk memahaminya".

"Tetapi mereka adalah keluarga saya dan mereka tetap sayangkan saya" - Dailymail
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved