Kes rompakan, ragut atau disamun melibatkan artis-artis tempatan bukanlah perkara baru. Ramai yang sudah terkena dan mengalami kerugian ribuan ringgit disebabkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini.
Terbaru, penyanyi era 90-an yang popular dengan lagu Janji Manismu, Aisyah juga menjadi mangsa samun oleh dua lelaki bermotosikal pada malam kelmarin.
Menurut laporan Metro, cermin bahagian penumpang kereta Aisyah telah dipecahkan sebelum penyamun tersebut membawa lari beg tangan milik penyanyi itu.
Difahamkan, Aisyah sedang dalam perjalanan pulang ke rumah sekitar jam 9.15 malam bersama anaknya dan kejadian berlaku di lampu isyarat yang kebetulan pada masa itu bertukar merah.
Meskipun tidak mengalami kecederaan namun penyanyi itu kehilangan wang tunai berjumlah RM1,000, kad pengenalan, lesen memandu dan kad kredit.
Namun apa yang menyedihkan, polis tidak mempunyai petunjuk jelas mengenai kejadian itu berikutan kamera litar tertutup (CCTV) di lampu isyarat berkenaan tidak berfungsi. Malah, Aisyah dan anaknya juga tidak dapat mengecam wajah penjenayah terbabit.
sumber: http://www.ohbulan.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment