SEBUAH stesen minyak di Bukit Bintang menarik perhatian pengguna media sosial hari ini kerana ada sesuatu di stesen berkenaan yang pelik dan menarik.
Difahamkan stesen itu kini sedang menjalani proses pengubahsuaian dan sedang ditutup sementara kerja berkenaan selesai.
Apa yang menariknya ialah, jika anda mengisi minyak kenderaan anda di stesen itu, pasti anda akan sukar mencari kaunter pembayaran untuk membayar harga petrol anda.
Ini kerana kaunternya terletak di dalam lubang yang hanya sebesar sebiji batu bata.
Terdapat maklumat yang tertulis di atas kertas bagi memberitahu orang ramai bahawa itu adalah kaunter bayaran dan ia hanya ditampal di tepi lubang itu.
Gambar berkenaan dimuatnaik di laman Facebook Oh!Media dan menerima Likes sebanyak 1,918 kali oleh pengguna laman sosial.
Terdapat komen dari pengguna Facebook yang merungut akibat kesulitan membayar di lubang yang sekecil itu kerana sukar untuk berkomunikasi dengan pekerja yang menjaganya.
“Sementara, under renovation (dalam ubah suai), semalam aku kena sakitnya hati.. kita cakap lain dengar lain, dia cakap lain kita pula dengar yang lain, seram nak hulur duit,” kata pengguna Facebook itu.Sekali penulis lihat, dah macam kubu askar gayanya.
sumber:Mynewshub.my
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment