Selepas dikecam berkali-kali oleh peminat dan rakan artis di laman sosial, Johan As'ari akhirnya tampil membuat luahan hati di Instagram sebagai tanda permohonan maaf.
Di bawah ini ialah luahan penuh pelakon filem Juvana itu terhadap kesilapannya. Admin harap orang ramai tidak lagi terus menyalahkan Johan memandangkan permohonan maaf secara terbuka telah dibuat.
"Hidup ini adalah ujian..Tidak akan pernah terlintas di hati ku untuk menyalahkan sesiapa sahaja, sebaliknya aku akan terus bermuhasabah diri kerana aku juga insan yang akan di hisab di akhirat kelak.
Hidup ini adalah ujian..Tidak akan pernah terlintas di hati ku untuk menggunakan agama demi kepentinganku sendiri kerana orang sebegitu tempatnya di neraka yang paling bawah, neraka jahannam.
Hidup ini adalah ujian..Tidak akan pernah terlintas di hati ku untuk mempermainkan hati-hati wanita kerana aku lahir dari perut seorang ibu. Darjat seseorang ibu itu lebih tinggi berbanding dengan seluruh wanita di dunia mahupun bidadari2 syurga.
Hidup ini adalah ujian..Andainya aku telah melukakan hati sobat semua, jadi maafkanlah dengan setulus ikhlas kerana aku adalah insan yang tidak lari dari melakukan kesilapan.
Senyum selalu sobat2 ku.️ assalamualaikum"
sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment