Penerbit dan pelakon veteran Julie Dahlan berasa terpinggir dan diketepikan daripada industri seni tanah air selepas kurang aktif akibat menghidapi beberapa penyakit.
Julie atau nama sebenar Junaidah Dahlan, 62, berkata, beberapa pihak termasuk stesen televisyen tempatan tidak pernah memberi keistimewaan kepadanya dalam menerbitkan drama bagi menampung kehidupannya.
"Saya rasa terpinggir bila pihak stesen televisyen seperti RTM tidak memberi keutamaan dalam memberi slot-slot drama kepada mereka yang lebih memerlukan.
"Saya seorang penerbit veteran dan ibu tunggal, mereka sepatutnya beri keutamaan kerana itu sahaja yang saya mampu lakukan untuk meneruskan hidup," katanya kepadamStar Online ketika ditemui pada majlis kunjungan mesra Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), di kediamannya, di Ampang pada Isnin.
Hadir sama Presiden PFM, Datuk Yusof Haslam, Ketua Pegawai Eksekutif PFM, N. Panchacharam dan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez.
Dalam pada itu Julie berkata, biarpun menderita penyakit buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi, dia masih mampu untuk bekerja bagi menampung kos rawatan hemodialisis daripada menerima bantuan daripada mana-mana pihak.
Yusof Haslam (dua kiri) menyerahkan cek kepada Julie Dahlan.
Julie mendapatkan rawatan dialisis di Pusat Dialisis Prince Court sejak April tahun lalu dan memerlukan kos rawatan sebanyak RM600 sebulan.
Dalam pada itu, Julie berkata, dia bersyukur kerana masih ada beberapa pihak yang tampil memberi bantuan."Saya ada sedikit duit simpanan untuk belanja dan kalau tidak cukup saya berhutang hingga dapat duit telefilem yang saya terbitkan, baru saya bayar balik.
"Selain itu, Sharifah Aini juga banyak memberi sumbangan dan bayarkan beberapa kali kos rawatan dialisis saya," katanya.
Sementara itu, Presiden PFM, Datuk Yusof Haslam berkata persatuan itu memberi bantuan sebanyak RM5,000 dalam usaha meringankan beban Julie dalam menanggung kos perbelanjaan rawatannya.
Tambahnya, Julie merupakan seorang ahli yang aktif ketika menyertai persatuan tersebut iaitu sekitar tahun 80-an.

sumber;http://www.mstar.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment