Meskipun perniagaan produk kosmetik yang diusahakan bersama suami, Datuk Dr Ibrahim Ahmad sudah berjaya, tetapi keinginan Ira untuk bergelar pengacara tidak pernah padam.
“Segalanya berlaku seperti mimpi. Tahun lalu, saya dipanggil pihak produksi RTM untuk menjadi juri program realiti Ikon Siarawan mencari bakat baru dalam bidang pengacaraan dan penyampai berita.
“Kami bergerak di seluruh negara dan dari situlah mereka mempelawa saya menjadi pengacara. Walaupun, saya gembira dengan tawaran itu, tetapi saya sangat terkejut kerana ramai lagi orang muda kenapa saya pula menjadi pilihan mereka.
“Meskipun tawaran itu datang daripada pihak produksi sendiri, tetapi saya perlu menjalani uji bakat bersama beberapa lagi calon dan syukur saya antara yang terpilih. Rasa macam tak percaya kerana saya sudah berusia, namun saya tetap menerima cabaran itu kerana sejak remaja saya mahu jadi pengacara kerana suka bercakap dan suka berjumpa orang ramai untuk berkongsi ilmu.
“Sesuai usia saya, RTM mahu saya mengendalikan rancangan Feminin yang mengutarakan hal ehwal wanita dari aspek kehidupan sehinggalah kepada kerjaya yang mereka ceburi,” katanya.
Pun begitu Ira atau nama sebenarnya Nor Zaina Abdul Ghani tidak bersendirian kerana dia bakal digandingkan dengan Siti Shahriza (Eja), Faezah Elai, Matilda Raj (komposer) dan Sakinah Al-Mubarakah (jurutera)
“Suami yang tahu cita-cita saya itu memberikan sepenuh sokongan dan dia banyak membantu saya mencari bahan serta membuat kajian kerana setiap hari saya dan pengacara lain perlu membincangkan pelbagai isu. Saya tak mahu jadi pengacara ‘tin kosong’, sebaliknya saya perlu mencari lebih banyak informasi supaya tidak nampak kaku depan TV apatah lagi Feminin ke udara secara langsung,” katanya.
Feminin akan bersiaran mulai 6 Januari ini, Isnin hingga Khamis, dari jam 9.30 hingga 10 pagi. Program itu berlangsung selama setahun.
Sasaran penonton Feminin terdiri daripada wanita suri rumah yang berusia 30 tahun dan ke atas. Durasi 30 minit ini padat dengan tiga pengisian utama, perbincangan isu atau topik utama, pakej berita sana-sini ( Segmen Warna) dan pakej tajaan.
sumber: http://www.hmetro.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment