Gambar Ummi Nazeera Manis Bertudung

on Thursday 23 January 2014

Selepas menamatkan pengajiannya di Australia, khabarnya Ummi Nazeera sudah pun pulang ke Malaysia “for good“. Tidak diketahui apa yang sedang dilakukan oleh Ummi sekarang ini, namun kelibatnya kelihatan bersama Mizz Nina baru-baru ini. Sungguh manis, menawan dan ayu sekali Ummi Nazeera bertudung. Terserlah keserian wajahnya.

Kalau sebelum ini jarang berkongsi gambar wajahnya, kini menerusi akaun Instagramnya, Ummi Nazeera mula berkongsi penampilan berhijabnya. Abang Nara yakin dan pasti, ramai jejaka yang terus jatuh cinta melihat Ummi bertudung. Tak perlu nak berpuluh-puluh “layer”. Simple dan menawan.
Tak sabar rasanya nak melihat Ummi Nazeera membuat penampilan di khalayak ramai dengan imej barunya ini. Pasti para peminat tertunggu-tunggu. Apa pun, tahniah buat Ummi kerana telah tamat pembelajarannya. Sama-sama kita nantikan kemunculannya semula kelak. Kredit gambar InstagramUmmi Nazeera & MizzNina.
sumber; http://beautifulnara.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved