Gambar Tunang Cico Harahap

on Thursday 23 January 2014

 Cico Harahap atau nama sebenarnya, Ezzaq Farrouq Harahap Jamaluddin, 35, mengejutkan media apabila tampil bersama tunang terbarunya disidang akhbar drama Jiwa.

"Sudah hampir setahun kami bertunang. Keluarga saya bertemu dengan keluarganya dan ia diadakan dalam majlis yang ringkas sahaja," jelasnya.

Ketika ditanya sama ada tunangnya itu sudah memeluk Islam atau tidak, jelasnya, gadis itu masih lagi menganut agama asalnya.

"Status bertunang ini sebenarnya hanya mahu mengikat janji. Itu sahaja. Jadi tidak bermakna dia tidak peluk Islam, maka saya tidak boleh bertunang dengan dia.

"Lagipun, dalam tempoh kami bertunang ini, saya mahu dia mengenali Islam. Saya tidak mahu dia masuk Islam hanya kerana mahu berkahwin dengan saya.

"Sebaliknya, saya mahu dia betul-betul bersedia dan kenal Islam. Bila dia menyatakan kesediaannya untuk memeluk Islam, baharu kami akan membina masjid," katanya.

Menurut Cico lagi, dia juga tidak meletakkan sebarang tarikh untuk pernikahan sebaliknya mahu fokus kepada kerjaya seninya terlebih dahulu.

"Saya hanya merancang, tetapi tuhan yang menentukan. Saya pun tidak tahu adakah tunang yang sekarang ini merupakan jodoh sebenar saya kerana ia ketetapan yang hanya diketahui Allah.

"Tetapi buat masa ini, biarlah dia belajar dahulu. Saya pun tidak mahu memaksa dia berkahwin. Lagipun, masih banyak yang perlu dilakukan terutamanya dalam bidang seni.

Walaupun Cico masih belum bersedia mendedahkan nama tunangnya, namun melalui "gembar gembur" di laman sosial, nama yang sering terpapar ialah 'Fernnie Yong', seorang pekerja BMW Malaysia Marketing di Cyberjaya.
sumber:kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved