Gambar Tanah Runtuh di Lebuhraya Mahameru

on Wednesday 8 January 2014

Sebahagian laluan Lebuhraya Mahameru iaitu dari Parlimen menuju Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ditutup sementara kerana kejadian tanah runtuh yang berlaku kira-kira 5.20 petang Selasa, berpunca daripada hujan lebat.


Kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.



Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, pihaknya masih berada di lokasi bagi memantau jika berlaku lagi pergerakan tanah yang boleh mengganggu kerja-kerja pembersihan yang sedang giat dijalankan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).



Menurutnya, kesesakan telah mula beransur reda berikutan dua laluan di jalan tersebut telah dibuka pada kira-kira pukul 10.15 malam.



Untuk info, sekitar Mei tahun lalu, Lebuhraya Mahameru pernah mengalami kejadian tanah runtuh. runtuhan kali ini menyebabkan kesesakan lalulintas yang teruk sepanjang lebih 10 kilometer bermula dari arah Sungai Besi.


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved