Gambar bas ekspress terbakar, lelaki merokok dalam tandas ditahan

on Monday, 27 January 2014

Polis menahan seorang penumpang sebuah bas ekspres bagi membantu siasatan kejadian bas terbakar di Kilometer 78, Jalan Beluran-Telupid hari ini.

Penumpang yang berusia 42 tahun tersebut dipercayai menyebabkan kebakaran tersebut selepas dia merokok di dalam tandas bas itu yang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan, kata Ketua Polis Daerah Beluran, Deputi Superintendan V. Sivanathan dipetik Bernama.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari itu, kesemua 30 penumpang dan dua pemandu bas tersebut sempat menyelamatkan diri.

Bas tersebut musnah terbakar sebelum pihak bomba tiba untuk memadam kebakaran.




sumber: http://kininews.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved